WELCOME TO MY PERSONAL BLOGGER 

Tuesday, July 24, 2012

SAH PUASA SEKIRANYA TIDAK MANDI WAJIB


ADAKAH SAH PUASA SEKIRANYA TIDAK MANDI WAJIB di bulan Ramadhan setelah di malam harinya kita melakukan hubungan seks bagi yang sudah berkahwin jer erk ataupun beronani dalam makna kata mengeluarkan air mani secara sengaja.


Jawapannya adalah SAH..!! Dan anda boleh berpuasa seperti biasa.. Sya tahu mesti ramai yang curiga kan mengenai persoalan ini kan?? jangan risau.. Aku dah wat research siap dengan hadis2 yang sah mengenai persoalan ini..teman2 sya pn musykil dan ada yg x taw langsung tentang perkara ini..so sila baca di bawah ini..



Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )
Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )
Haaa.. Dah jelas kan bahawasanya sah berpuasa walaupun berada di dalam hadas kan?? Tapi korang fikirkan laa balik dan fikirkan baik2.. Kalau tak mandi wajib seharian, Korang solat mcm mana eek?? Hahaha.. Bermakna, kena laa jugak mandi wajib tuu bagi menyucikan diri dari hadas dan boleh laa menunaikan Solat kan.. Maka berdosa besar lah korang2 yang tak bersolat.. Tak guna laa berpuasa kalau solat tak buat..
Semoga jawapan2 di atas memberi manafaat kepada korang..


sumber : ustaz zaharuddin

P/S : So jgn jadikan alasan tidak berpuasa kerana belum mandi wajib..dan di wajibkan mandi wajib jika dalam hadas

No comments:

Design By Zulkarnain® Copyright™ 2013©