WELCOME TO MY PERSONAL BLOGGER 

Wednesday, July 25, 2012

Bunga Alpinia Disambar kilat & Terbakar di Petronas Methanol Labuan


Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.
Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).




Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.
Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.
Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.
Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).
Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.
Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.
Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India.
Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.


Butiran Kapal
Nama: Bunga Alpinia
Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker
Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia)
Nombor IMO: 9389538
Call Sign: 9 MLE 4
Pelabuhan Daftar: Port Kelang
Tahun Bina: 2009
Tahun Daftar: 2010
DWT: 37961
GRT: 25709
NRT: 9363
Panjang: 172.87 meter
Lebar: 32 meter
Draf: 16 meter
Lagi Gambar
Plaform Supply Vessel / Multi-Purpose Offshore Vessel “Pacific Hawk” sedang membantu memadamkan kebakaran



No comments:

Design By Zulkarnain® Copyright™ 2013©