WELCOME TO MY PERSONAL BLOGGER 

Friday, December 23, 2011

ReadyBoost melajukan PC

ReadyBoost



           Cara yang paling mudah dan senang untuk melajukan pc anda adalah dengan menambahkan RAM ( Random Acsess Memory). Tapi bagaimana jika anda tiada kos untuk membeli RAM dan tidak tahu memasang RAM tersebut? 

            Kini terdapat banyak cara untuk anda lajukan komputer anda antara cara-caranya ialah dengan  mengunakan ‘ReadyBoost’, cara ini Cuma boleh digunakan bagi komputer yang mengunakan OS ( Operating System) Window vista dan Window 7.

            Anda cuma memerlukan pemacu memori USB (Universal Serial Bus) dan USB port (USB 2.0). walaupun ciri ini tidak boleh menandingi RAM, sekurang-kurangnya komputer anda dapat prestasi yang baik serta laju apabila mengunakan ‘ReadyBoost’.

Untuk mengunakan ‘ ReadyBoost’ anda memerlukan:- 
     1.      Pemacu memori USB
   2.       USB port 2.0 yang terdapat pada komputer pada masa kini.
  
Cara-cara mengunakan ‘ReadyBoost’:-)

Langkah pertama


  •          Masukkan pemacu memori USB anda pada USB port 2.0 komputer anda.

Langkah kedua



Autoplay
  •               Secara automatik sistem OS ( Window Vista atau Window 7) akan mengesan dan memeriksa pemacu memori USB anda ( autoplay), samaada pemacu memori USB anda boleh digunakan atau tidak untuk ‘ReadyBoost’.
  •         Klik pada “Speed up my system” seperti yang anda lihat pada gambar.

Langkah ketiga

Properties

    Sistem OS anda akan memaparkan seperti dalam gambar. Klik pada “ Use this device” dan pilih berapa banyak ruangan amaun yang anda ingin gunakan untuk ‘ ReadyBoost’. Gunakan sebanyak mungkin ruang yang anda ingin gunakan dan akhir sekali klik pada ‘OK’. Mudah bukan? Selamat mencuba.

Nota: Jika anda mencabut pemacu memori USB dari komputer anda ' ReadyBoost' akan secara automatik dimatikan. Fail yang tersimpan dalam pemacu memori USB anda tidak akan hilang. Gunakan pemacu memori USB yang sudah diformat bagi mengunakan ciri ini ( ReadyBoost).

No comments:

Design By Zulkarnain® Copyright™ 2013©