WELCOME TO MY PERSONAL BLOGGER 

Thursday, September 15, 2011

Hukum Memakan Ulat Mulong atau Ulat Sagu



hah! aku selalu dengar cerita dari kengkawan pasal Ulat Mulong atau lebih dikenali sebagai Ulat Sagu nie,,aq dengar mereka cakap macam sedap jer,,tp x taw plak pasal hukum islam makan menatang ni,,,apa apa pun jom baca  
selanjutnya..haram ker x haram mkan bnda ni,,



Hukum Memakan


“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)

Pengecualian

Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)

No comments:

Design By Zulkarnain® Copyright™ 2013©